Tuesday, April 26, 2011

Soalan teori perakaunan stpm

1) Terdapat dua pendekatan yang boleh digunakan untuk akauntan dalam manganggar hutang ragu mengikut kaedah peruntukan iaitu .pendekatan penyata pendapatan dan pendekatan kkk ,setiap pendekatan menggunakan asa yang berbaza .

a)perihalkan asas yang digunakan bagi setiap pendekatan tersebut
pendekatan penyata pendapatan –hutang ragu diperuntukan berasaskan peratusan jualan kredit .contohnya ,jualan kredit rm 50000 ,peruntukan hutang ragu 2% atas jualan kredit
                          
                       PHR= RM 50000 *2/200 =RM 1000

Pendekatan kkk –hutang ragu diperuntukan berasaskan baki penghutang akhir ,contohnya ,baki penghutang kkk rm 30000 ,phr 5% atas baki penghutang

                      PHR=RM 30000*5/100 =RM 1500

b)jelaskan kesan penggunaan pendekatan tersebut terhadap phr dalam sesuatu tempoh perakaunan
pendekatan penyata pendapatan –tidak tertakluk kepada kesan sama ada jualan kredit itu dibayar atau tidak

pendekatan kkk –tertakluk kepada sama ada penghutang itu the dibayar atau tidak

2)nyatakan 2 kesilapan yang tidak menggugat perseimbagan imbangan duga
Kesilapan prinisp- seperti belanja hasil dicatatkan dalam belanja modal
Kesilapan komisen –seperti merekod dalam akaun perorangan yang salah
Kesilapan songsang –seperti bayaran sewa secara tunai tersalah debit dalam a/k tunai dan kredit dalam a/k sewa

3)mengapakah biasanya untuk menilai stok asas yang digunakan ialah ‘kos atau nilai realis bersih ‘’mana yang lebih rendah .’’
 Menurut ias 2 dan ssap 9 ,asas penilaian stok ialah kos atau nilai realis bersih yang mana lebih rendah stok akan mempengaruhi keuntungan secara langsung .jika stok dilebihnyatakan ,keuntungan pun akan dilebihnyatakan ,oleh itu ,menurut prinsip konservatisme ,
Seseorang akauntan selalunya mesti berjaga-jaga supaya keuntungan tidak dilebihnyatakan ,berdasarkan pada donktrin ini ,stok selalunya dinilaikan pada kos atau nilai realis bersih yang mana lebih rendah

4)terangkan perbezaan antara belanja modal dan belanja hasil
Belanja modal = belanja yang dilakukan untuk memperoleh aset tetap yang boleh digunakan untuk   membantu operasi syarikat untuk  beberapa tempoh perakaunan = segala kos yang digunakan untuk menambah kapasiti =member manfaat untuk beberapa tempoh perakaunan =belanja ini dipermodalkan dalam a/k aset tetap dan disusutnilaikan atas usia guna melalui caj s/n tahunan

Belanja hasil =belanja yang digunakan untuk membolehkan hasil perniagaan diperolehi .Faedah daripada belanja ini diandaikan akan digunakan dan jangka masa semasa .contohnya ,belanja untuk pembaikian baikpulih dan lain-lain item ke atas loji dan peralatan ,gaji ,utility dan lain-lain .

5)Nyatakan dua kaedah yang digunakan untuk merekod barang niaga bagi sesuatu entity perniagaan
-kaedah system inventori berterusan
-kaedah system inventori berkala

6)apakah yang dimaksudkan dengan asas akruan dan asas tunai ?jelaskan mengapakah asas tunai selalu dikatakan tidak selaras dengan prinisp perakaunan yang diterima umum .
-Asas akruan adalah memadamkan hasil dan belanja yang berlaku dalam tempoh tertentu bagi menentukan keuntungan .asas tunai memadamkan penerimaan tunai dan pembayaran tunai sahaja bagi menentukan keuntungan ,sebabnya ialah asas tunai tidak menentukan ciri ciri pemadanan antara hasil dan belanja.terdapat unsur  bayaran atau penerimaan terawal atau terlewat dalam sesuatu urusniaga.

7)berikan dua nisbah yang mungkin digunakan oleh setiap pengguna yang berikut dalam membuat keputusan .
a) pelabur potensi – perolehan sesaham ,dividen sesaham ,pulangan atas ekuti
b)pemiutang          -  nisbah aset cepat ,nisbah semasa , nisbah  hutang atas aset ,nisbah hutang atas ekuiti  ,pusing ganti inventori

8)syarikat intan looi berhad telah merekodkan keuntungan sebanyak rm 100,000 hasil dari jangkaan kemenangan bagi kes menyaman syarikat pembekal bahan mentah ,kerana kegagalan menghantar tempahan yang telah syarikat buat .kegagalan ini juga menyebabkan syarikat terlewat menyiapkan sebuah projek dan terpaksa membayar denda kelewatan tersebut .
-syarikat intan looi tidak patut merekodkan keuntungan sebagai rm 100000 ,mengikut donktrin konservatisme ,sebarang kerugian yang dijangka perlu dibuat peruntukan .tetapi kuntungan jangkaan tidak boleh diambil kira selagi dia belum realis.

9)nyatakan dua ciri dan dua contoh bagi aset tetap dan aset semasa
Aset semasa –tempok kitaran kurang drp 12bulan
-          Lebih mudah dicairkan berbanding aset tetap
Contoh :stok , penghutang , bank , tunai

Aset tetap –tempoh penggunaan yang lama .lebih 12bulan
                   -tidak mudah dicairkan
                  -digunakan untuk jangka masa panjang
Contoh :kenderaan , premis , mesin

10)dua perbezaan rizab hasil dan rizab modal , sertakan dengan contoh rizab masing-masing
Rizab modal –rizab yang tidak boleh digunakan untuk pengagihan dividen tunai
Contoh rizab –rizab penebusan modal ,rizab penilaian semula , premium syer

Rizab hasil –rizab yang diketepikan dari untung biasa syarikat dan boleh digunakan untuk mengagih dividen tunai
Contoh   rizab –rizab am ,rizab penyamaan dividen ,rizab penggantian aset

11)perbezaan  antara saham keutamaan boleh tebus dan saham keutamaan penyertaan
      Perbezaan antara terbitan hak dan terbitan bonus
Saham keutamaan boleh tebus –berhak menerima tunggakan dividen bagi mana mana tahun dividen tidak dibayar
Saham keutamaan penyertaan –sebagai tambahan kepada dividen pada kadar tetap ,berhak berkongsi dan menerima dividen tambahan selepas semua sumber kelas pemegang saham menerima dividen
Terbitan hak –terbitan saham kepada pemegang saham sedia ada mengikut peratus pegangan mereka dan memerlukan mereka membayar tunai
Terbitan bonus –terbitan saham biasa kepada pemegang saham sedia ada dan tidak perlu mereka membayar tunai .ia adalah sebagai ganti dividen tunai dan dipindah daripada akaun rizab
12) takrifkan syarikat subsidiari dan syarikat bersekutu
       Takrifkan aset tak ketara dan bagikan contoh
Syarikat subsidiari –syarikat yang mempunyai lebih daripada 50% ekuitinya dimiliki oleh syarikat induk dan keahliannya dikuasai oleh syarikat induk
Syarikat bersekutu –syarikat yang ekuitinya dimiliki oleh jangka panjang yang pegangan antara 20%-50% dan pemegang ekuitinya mempunyai ekuiti yang penting melalui penglibatan dalam pengurusan.

Aset tak ketara –aset yang tidak mempunyai kewujudan fizikal
                             -memberi hak kepada pemiliknya untuk menerima bayaran tunai adalah faedah lain            seperti hak untuk menjalankan perniagaan ,contohnya ialah paten ,hak cipta ,muhibah dan jenama

13) nyatakan dua kegunaan PSPD (PENYATA SUMBER DAN PENGGUNAAN DANA )
PSPD –merancang aktiviti masa hadapan dan mengawal aktiviti semasa 
          -memberi maklumat tentang semua sumber dana perniagaan sama ada daripada operasi perniagaan atau daripada punca-punca lain

Dalam pspd ,syer bonus tidak boleh ditambahkan kerana ia tidak melibatkan aliran tunai

14)perbezaan antara debenture dan syer keutamaan
Debentur –merupakan liabliti jangka panjang
                  -menerima faedah
                  -mempunyai tarikah matang
Syer keutamaan – merupakan ekuiti
-          Menerima dividen
-          Tiada tarikah matang

15)bezakan peruntukan dengan rizab
      Terangkan bagaimana wujudnya premium saham ,dan dua situasi premium saham boleh digunakan
 Peruntukan merupakan satu jumlah yang terkumpul dari setahun ke setahun dan merupakan kontra kepada aset atau amaun anggaran untuk liabliti dan ia  merupakan satu anggaran
Rizab ialah amaun yang  diketepikan untuk tujuan tertentu dan ia merupakan ekuiti .

Premium saham diwujud –terbitan saham pada nilai yang lebih tinggi dari nilai tara
Kegunaan –terbitan bonus
                    -penebusan sham
                    -penebusan debentur

16)mengapakah gaji peniaga itu sendiri dan ambilan yang dibuat olehnya mesti direkodkan dan direkodkan secara berasingan ?
Gaji musa merupakan gaji peniaga itu sendiri .mengikut prinsip entiti berasingan ,segala yang berkaitan dengan pemilik tidak boleh dimasukan ke dalam perniagaan .ambilan direkod secara berasingan untuk mencari keuntungan perniagaan yang sebenar dan tidak mengelirukan akaun perniagaan

17)kaedah mdkd –masuk dahulu keluar dahulu  先进先出
       Kaedah mkkd –masuk kemudian keluar dahulu  后进先出

18)nyatakan kelebihan system inventori berterusan berbanding dengan system inventori berkala dan nyatakan kepentingan diadakan penghitungan fizikal inventori untuk system inventori berterusan .
-sistem inventori berterusan merekod inventori terperinci disimpan untuk mengesan semua inventori yang diterima dan yang dikeluarkan sedangkan system inventori berkala tiada rekod yang terperinci
-bagi system inventori berterusan ,kuantiti dan nilai stok yang dipegang boleh dipastikan pada bila-bila masa sahaja tanpa memberhentikan operasi perniagaan dengan merujuk kepada rekod inventori yang disimpan manakala bagi system inventori berkala,kuantiti dan nilai inventori tidak dapat dipastikan pada suatu masa tertentu.

kepentingan penghitungan fizikal inventori untuk system inventori berterusan
-untuk menyemak ketepatan rekod inventori dan pembetulan dibuat sekiranya terdapat ketidaksamaan antara jumlah fizikal dan jumlah pada rekod
-sebagai butir fizikal dalam bentuk fizikal yang betul-betul wujud yang didapati dari pengiraan stok secara fizikal ,merupakan butir yang paling baik dalam kerja audit ke atas penyata kewangan

1 comment:

  1. Thank you so much for sharing these, it helps a lot! ;)

    ReplyDelete